Saturday 23 February 2013

Salam sejahtera, 

Hi semua,  

Hari ini merupakan hari pertama saya menghadiri kelas SKP6024. Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada kursus ini.  Cik Asmayati memberikan gambaran tentang perkara yang akan dipelajari sepanjang semester ini.  
 
1.      Online Forum di Portal UPSI
Cik Asmayati memperkenalkan online forum di portal UPSI kepada semua. Online forum UPSI di laman sesawang  berikut  myLMS(My Guru 2). Kemudian Cik Asma meminta pelajar untuk membentuk kumpulan dan duduk di dalam kumpulan masing-masing. Kami diberi kebebasan untuk memilih ahli kumpulan sendiri. Setiap kumpulan perlu mengemukan satu topik forum mengenai isu ICT dalam pendidikan. Seterusnya, cara penggunaan forum dijelaskan dengan terperinci. Cara untuk memaparkan topik forum dan cara untuk memberikan komen terhadap topik yang dikemukan ditunjukkan langkah demi langkah. 
Setelah didedahkan dengan online forum, barulah saya menyedari portal UPSI menyediakan pelbagai kemudahan kepada mahasiswa. Forum online juga  merupakan satu aktiviti menarik yang boleh diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan boleh diaplikasikan kepada pelajar saya di Kolej Matrikulasi Perak. Aktiviti ini bukan sahaja akan mengalakkan pengunaan ICT dalam proses pembelajaran malah dapat mendorong pelajar dalam poses pembelajaran kendiri.   
    
2.      Pengunaan “google drive”.
Pelajar yang “log in” ke dalam akaun gmail masing-masing. Pelajar yang tidak mempunyai akaun gmail diminta untuk membuka akaun.  Di dalam gmail, Cik Asma menunjukkan langkah untuk mencapai google drive dan cara untuk memuat naik dokumen ke dalam google drive.







Setelah dokumen dimuat naik ke dalam google drive, Cik Asma menunjukkan kemudahan yang terdapat di dalam google drive seperti maklumat tersebut boleh dikongsi dengan menyediakan satu ‘Link” atau berkongsi dengan cara menghantar email. Dokumen yang dikongsi boleh ditetapkan “setting” supaya viewer boleh mengedit dokumen tersebut serta merta.  

Kemudian paparan seperti dibawah akan muncul. 
  
 
3.     “Online survey form” (soal selidik secara online) 
      Setelah kami didedahkan dengan perkongsian maklumat melalui google drive, Cik Asma memperkenalkan kegunaan google drive yang seterusnya iaitu menjalankan 'online survey'. Item-item soal selidik boleh ditaip terus di dalam google drive dan dihantar kepada respondantyang dikehendaki. Setelah respondant selesai menjawab, satu rumusan dalam bentuk graph akan akan terhasil.
 
       Kemudian paparan serperti gambar dibawah akan muncul. Isikan item soal selidik.  
  

         Rumusan yang dihasilkan.


Ini adalah 'online survey' yang telah bina, klik pada pautan ini Awareness of ICT Among Teachers

Kelebihan google drive:
Google drive merupakan satu aplikasi online yang menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu menyenangkan perkongsian data, penyimpanan data dan membuat soal selidik secara online. Dengan pengetahuan untuk mengunakan google drive, saya boleh mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan ianya juga boleh membantu dalam memudahkan urusan dokumentasi dan juga kerja kumpulan dalam
menjayakan assignment.

Posted by Unknown On 22:00 No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Chemistry News