Saturday 30 March 2013

Salam sejahtera, 

Hi semua, 

Minggu ini, tibalah giliran kumpulan saya membuat pembentangan. Terdapat dua kumpulan yang membuat pembentangan, kumpulan Kavita membentangkan Publisher dan kumpulan saya membentangkan Chemsketch.

Publisher
Publisher merupakan adalah sebuah aplikasi desktop publishing dari Microsoft Office. Microsoft Publisher boleh menghasilkan kad ucapan, kad jemputan, flyer, bisnes kad, sijil dan pelbagai lagi. Anda boleh mereka bentuk kad mengikut kehendak anda atau menggunakan reka bentuk kad sedia ada. Saya pernah menggunakan aplikasi beberapa kali kerana saya ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa jemputan program di Kolej Matrikulasi Perak. 
contoh kad jemputan

contoh brochure  yang dihasil dalam kelas SKP6024

Kelebihan Microsoft Publisher: 
  • Menyediakan pelbagai template bagi semua sambutuan. Saya mempelajari lebih banyak aplikasi publisher seperti membina calender dan brochure.
  • Aplikasi ini mudah dan senang digunakan.
Kelemahan : 
  • Bukan satu perisian yang percuma yang boleh dimuat turun di internet. Jika komputer anda tidak mempunyai Microsoft office maka anda tidak dapat menggunakan aplikasi ini.
Chemsketch






Rakan-rakan sekelas begitu berminat dan memberikan respond yang baik semasa pembentangan Chemsketch oleh kumpulan saya. Kebanyakkan daripada rakan sekelas saya menggunakan perisian Chemdraw untuk melukis struktur kimia jadi mereka tidak mengetahui tentang Chemsketch. Chemsketch adalah perisian percuma yang membolehkan struktur kimia dilukis dengan mudah samada dalam bentuk 2D ataupun 3D. 



Bukan itu sahaja, ciri-ciri lain yang menarik termasuklah 
  • mengira berat molekul
  •  melukis alat radas makmal
  •  membina persamaan kimia
  • melukis struktur gegelang
  •  menamakan struktur kimia
  • menukarkan fail kepada bentuk pdf
Pembentangan kumpulan saya :


Chemsketch boleh dimuat turun dilaman berikut:
 www.acdlabs.com/resources/freeware/chemsketch/‎


Kelebihan Chemsketch:
  • Satu perisian percuma yang amat berguna kepada guru-guru kimia dalam membina bahan P&P.
  • Membantu melukis struktur dengan cepat 
  • Struktur yang dilukis boleh terus diedit dari Words. 
 Kelemahan Chemsketch:
  • Agak sukar untuk menggunakannya bagi pengguna baru. 






































Posted by Unknown On 19:31 No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Chemistry News