Saturday 6 April 2013

Salam sejahtera,

Hi semua,

Tanpa disedari minggu ini telah masuk minggu yang ketujuh. Minggu ini, kami diperkenalkkan dengan lebih mendalam aplikasi Windows Live Movie Maker dan One Note.

Window Movie Maker
Windows Movie Maker adalah perisian Microsoft percuma yang menawarkan keupayaan untuk mencipta dan menyunting video serta untuk menyiarkan mereka di SkyDrive, Facebook, YouTube, dan Flickr.
Windows Movie Maker membolehkan gambar-gambar dikumpulkan dan ditukarkan kepada video. Tayangan video gambar tersebut juga boleh disertakan dengan lagu kegemaran anda. Bukan itu sahaja, malah klip-klip video yang telah dirakam boleh diedit menggunakan Movie Maker. Anda boleh mempercepatkan dan melambat video mengikut rentak yang bersesuaian.


Ciri-ciri menarik movie maker: 
  • Mengedit video
  • Menyunting video
  • Mengimport gambar dan menghasilkan video
Kelebihan movie maker:
  •  Interface yang mudah.
  •  Mesra pengguna dan mudah untuk dipelajari.
  •  Satu perisian yang membantu guru dalam menyediakan bahan untuk P&P. 
Kelemahan movie maker:
  • Proses menyimpan (save) yang lama. Seteleah selesai membuat atau mengedit video, anda perlu menyimpan video tersebut. Proses mengambil masa yang panjang terutamanya jika video yang dihasilklan adalah video berkualiti tinggi. (high defination). 



One Note


One Note memudahkan proses mengambil nota, menyusun nota anda, dan berkongsi nota dengan rakan-rakan. Nota dalam bentuk teks, imej, video, nota audio, idea-idea dicatit dalam bentuk elektronik dengan mudah menggunakan One Note.. Saya tidak pernah mengunakan aplikasi ini walaupun ianya terdapat di dalam komputer saya kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya. Saya mempelajari  cara penggunnaan One Note, saya mendapati One Note merupakan satu aplikasi yang sangat menarik.



Video ini akan menjelaskan bagaimana One Note boleh digunakan di sekolah.







Kelebihan One Note :
  •  Mesra Alam. Segala nota dan maklumat pelajar boleh disimpan dengan mudah. Kertas tidak diperlukan lagi. 
  • Satu aplikasi yang bagus untuk guru-guru sekolah menengah melaksanakan PBS. Guru-guru tidak perlu membawa fail bertingkat-tingkat, hanya pendrive diperlukan.
 Kelemahan One Note: 
  • Walaupun, One Note adalah perisian Microsoft namun bukan semua komputer mempunyai perisian ini.  
  • One Note bukan perisian yang percuma. Tidak boleh dimuat turun dari Internet.  
 




Posted by Unknown On 22:20 No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Chemistry News