Saturday 13 April 2013

Salam sejahtera 

Hi semua, 

Minggu ini kami mempelajari dua lagi perisian iaitu Prezi dan Powerpoint Presentation.


Prezi






Kumpulan 8 memperkenalkan Prezi,  satu perisian persembahan 'cloud-based'  yang mengintegrasikan kelebihan papan putih dan persembahan slides. Terdapat dua versi Prezi iaitu versi 'cloud' ataupun versi di atas talian dan versi komputer. Versi di atas talian adalah perisian percuma manakali perisian Prezi bagi komputer adalahperlu dibeli.  Bagi versi cloud, anda hanya boleh menggunakannya jika terdapat talian Internet kerana semua kerja anda akan disimpan diatas talian

Hanya beberapa langkah diperlukan bagi menggunakan Prezi di atas talian. Layari Prezi dan daftar sebagai pengguna. Kemudian log masuk dan pilih template yang bersesuaian. 


Kemudian gunakan creativiti anda untuk menghasilkan persembahan yang menarik.


Slide persembahan yang telah dibina akan disimpan di dalam akaun anda. Saya tahu tentang Prezi versi komputer namun tidak begitu berminat kerana ianya merupakan perisian berbayar. Tetapi Prezi diatas talian telah mengubah pandangan saya. Perisian ini lebih mesra pengguna berbanding dengan Powerpoint, persembahannya lebih menarik, berwarna-warni serta video boleh di mainkan. Persembahan Prezi seperti satu koleksi buku skrap yang interaktif.  

Kelebihan Prezi:
  • Prezi lebih menarik, mesra pengguna dan persembahannya lebih kreatif.
  • Prezi mudah untuk dikendalikan.
Kelemahan Prezi:
  • Prezi versi diatas talian hanya boleh diakses sekiranya terdapat talian Internet.
 Powerpoint Presentation


Kumpulan seterusnya membentangkan tentang Powerpoint Presentation. Kami diperkenalkan dengan aplikasi  Macros dalam perisian Powerpoint. Macros adalah alplikasi yang membolehkan teka silang kata,  aktiviti "Drag dan drop" dan melabel. Layari laman sesawang ini untuk keterangan lanjut, Tutorial Macros. 

Kelebihan Macros:
  • Guru boleh menghasilkan persembahn powerpoint yang menarik. 
  • Pelajar boleh terlibat secara aktif ketika menonton persembahan powerpoint. 
Kelemahan Macros:
  • Proses memuatkan aplikasi ini ke dalam komputer memakan masa dan agak leceh. 

 






Posted by Unknown On 07:53 No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Chemistry News