Saturday 30 March 2013

Salam sejahtera, 

Hi semua, 

Minggu ini, tibalah giliran kumpulan saya membuat pembentangan. Terdapat dua kumpulan yang membuat pembentangan, kumpulan Kavita membentangkan Publisher dan kumpulan saya membentangkan Chemsketch.

Publisher
Publisher merupakan adalah sebuah aplikasi desktop publishing dari Microsoft Office. Microsoft Publisher boleh menghasilkan kad ucapan, kad jemputan, flyer, bisnes kad, sijil dan pelbagai lagi. Anda boleh mereka bentuk kad mengikut kehendak anda atau menggunakan reka bentuk kad sedia ada. Saya pernah menggunakan aplikasi beberapa kali kerana saya ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa jemputan program di Kolej Matrikulasi Perak. 
contoh kad jemputan

contoh brochure  yang dihasil dalam kelas SKP6024

Kelebihan Microsoft Publisher: 
  • Menyediakan pelbagai template bagi semua sambutuan. Saya mempelajari lebih banyak aplikasi publisher seperti membina calender dan brochure.
  • Aplikasi ini mudah dan senang digunakan.
Kelemahan : 
  • Bukan satu perisian yang percuma yang boleh dimuat turun di internet. Jika komputer anda tidak mempunyai Microsoft office maka anda tidak dapat menggunakan aplikasi ini.
Chemsketch






Rakan-rakan sekelas begitu berminat dan memberikan respond yang baik semasa pembentangan Chemsketch oleh kumpulan saya. Kebanyakkan daripada rakan sekelas saya menggunakan perisian Chemdraw untuk melukis struktur kimia jadi mereka tidak mengetahui tentang Chemsketch. Chemsketch adalah perisian percuma yang membolehkan struktur kimia dilukis dengan mudah samada dalam bentuk 2D ataupun 3D. 



Bukan itu sahaja, ciri-ciri lain yang menarik termasuklah 
  • mengira berat molekul
  •  melukis alat radas makmal
  •  membina persamaan kimia
  • melukis struktur gegelang
  •  menamakan struktur kimia
  • menukarkan fail kepada bentuk pdf
Pembentangan kumpulan saya :


Chemsketch boleh dimuat turun dilaman berikut:
 www.acdlabs.com/resources/freeware/chemsketch/‎


Kelebihan Chemsketch:
  • Satu perisian percuma yang amat berguna kepada guru-guru kimia dalam membina bahan P&P.
  • Membantu melukis struktur dengan cepat 
  • Struktur yang dilukis boleh terus diedit dari Words. 
 Kelemahan Chemsketch:
  • Agak sukar untuk menggunakannya bagi pengguna baru. 






































Posted by Unknown On 19:31 No comments READ FULL POST

Sunday 24 March 2013

Task for assignment 1 is:
 
"Browse the following URL.http://on.ted.com/TEDPrize2013

Write an essay with the theme "The Future of Learning: School in the Cloud". You are free to assign a specific topic and suitable subtopics encompasses your write up for this essay. Information gathered for this essay must be based on evidence gathered through a review of relevant research articles provided in a bibliography index at the end of your essay."

The URL given will lead to a video by Dr. Sugata Mitra.
 
             

This is my essay. 
Posted by Unknown On 19:34 No comments READ FULL POST

Saturday 23 March 2013

Salam sejahtera,

Hi semua,

Picasa

Kami diperkenalkan kepada Picasa, satu perisian photografi percuma yang sangat menarik. Picasa mempunyai fungsi pengubahsuaian imej yang asas seperti crop, rotate, dan red eye correction dan fungsi tambahan seperti filter dan kolaj (collage). Selama ini saya hanya menggunakan apps  di dalam telefon pintar untuk menghasilkan kolaj kerana saya tidak mengetahui bahawa terdapat perisian photografi komputer yang boleh berbuat demikian. 

Sumber gambar dari Picasa

Picasa amat mesra pengguna dan mempunyai interface yang ringkas. Selain itu, apa yang menarik tentang Picasa adalah imej asal tidak terjejas semasa pengubahsuaian gambar. Pengubahsuaian hanya berlaku dalam Picasa sahaja, melainkan jika anda memilih untuk mengubah imej asal itu sekali.

  Contoh kolaj saya
Kelebihan Picasa:

  • Buat album untuk kategorikan foto – foto anda. Satu gambar juga boleh berada dalam banyak album, tanpa menggunakan lebih ruang dalam hard disk.
  • Gambar yang terdapat didalam Picasa boleh dikongsi melalui gmail ataupun blog. 
Kekurangan Picasa :
  • Menyebabkan komputer menjadi lambat kerana perisian Picasa agak berat terutamanya kepada netbook atau komputer generasi lama.



Posted by Unknown On 18:30 No comments READ FULL POST

Saturday 16 March 2013

Salam sejahtera,

Hi semua,

Membina Blog Bahagian II

Kumpulan satu meneruskan pembentangan mereka dengan mengajar kami memasukkan 'drop down menu' di dalam blog masing-masing. Minggu ini agak mencabar kerana kami perlu menggunakan html dan CCS kod. Pelbagai kesulitan dialami kerana kami tidak biasa dengan kod tersebut namun kumpulan sedia membantu kami menyelesaikan masalah yang dihadapi. Drop down menu boleh ditulis dengan bantuan perisian CCS kod atau boleh diambil daripada laman sesawang yang menyediakan kod yang lengkap bagi pelbagai jenis drop down menu Anda boleh melayari laman sesawang ini CCS Generator untuk memilih warna dan reka bentuk mengikut kesesuaian blog anda. Kemudian, kod CCS akan dibina dan anda hanya perlu menyalin kod tersebut dibahagian template blog anda.       


Kelebihan:
Drop down menu menampakkan blog lebih kemas dan menjimatkan ruang blog.
Posted by Unknown On 19:30 No comments READ FULL POST

Saturday 9 March 2013

Salam sejahthera, 

Hi semua, 

Minggu ini, kumpulan satu iaitu kumpulan yang diketua Faizal mengajar kami  cara-cara membina blog di blogger dengan menggunakan gmail. Langkah demi langkah ditunjukkan dengan terperinci dari asas blog hinggalah ke reka bentuk blog. Pada mulanya, saya merasakan membina sebuah blog merupakan satu perkara yang sukar tetapi sekarang tidak lagi. Kumpulan Faizal telah mengajar kami dengan baik.


Semua rakan-rakan begitu teruja dalam mempelajari cara membina blog sehinggakan masa selama tiga berlalu tanpa disedari. Oleh itu, pembentangan kumpulan satu akan bersambung pada minggu hadapan.  Walaupun hanya mempelajari asas membina blog sahaja namun  tidak sabar rasanaya untuk menerokai html code dan pelbagai ciri-ciri blog ketika waktu lapang nanti. Terima kasih kumpulan satu! Pengetahuan yang telah dipelajari ini akan diaplikasikan dalam Tugasan 2 iaitu membina e-Portfolio. Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk membina blog anda boleh klik pada pautan berikut Jom Bina Blog! 

Kekuatan
Blog boleh dijadikan satu medium bantuan mengajar yang berkesan. Oleh itu, para pendidik perlu mengetahui cara-cara membina blog dan mempunyai blog agar tidak ketinggalan dalam bidang teknologi.

Kelemahan:
Mengemaskini blog dan membina blog mengambil masa yang lama terutamanya pada blogger baru. Selain itu, sekiranya talian internet di kawasan lambat maka proses mengemaskini juga akan memakan masa yang panjang.






 
Posted by Unknown On 20:05 No comments READ FULL POST

Friday 8 March 2013

Hello readears and dearest students,


I am Law Kai En, call me Miss Law for short. My hometown is in Raub, Pahang a small town which surrounded by greenery. I graduated from University of Malaya (2009) with a degree in Science and Education majoring in Chemistry and minor in Mathematics. In December 2009, I started my teaching career as a lecturer in Perak Matriculation College. As of now I have 3 years of experience as an educator. There are still a lot learn and improve therefore I have to constantly work to enhance my teaching skills and my knowledge in order to become an effective lecturer.Becoming an educator is a dream come true for me. When I was a little girl, I am inspired to be an educator like my mother. For me, an educator is not only able to serve the country and educate a new generation armed with the useful knowledge. 


Currently, I am pursing Master of Chemistry Education in Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) as a part-time student. It is challenging but it is all worth because I had gained knowledge and valuable experiences under the guidance of capable lecturers in UPSI such as Miss Asmayati. Actually, this blogspot is part of the assignments of the course. All the material and our experiences is shared in here. Hopefully that my experiences in this course can benefits my readers.


My closed knit family.
Posted by Unknown On 20:38 No comments READ FULL POST

Saturday 2 March 2013

Salam sejahthera, 

Hi semua,  

Pada minggu kedua, Cik Asma memperkenalkan Khan Academy, satu medium pembelajaran yang inovatif melalui video. 

Apa itu Khan Academy?
Khan Academy adalah organisasi pendidikan yang diasaskan oleh Salman Khan dengan misi untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada sesiapa sahaja di mana sahaja dengan menggunakan konsep pembelajaran atas talian. Di dalam laman sesawang, Khan Academy terdapat lebih daripada 3000 video yang terdiri dari subjek sains hinggalah ke ekonomi. Sehingga hari ini, Khan Academy mempunyai 3.5 juta pengguna.

Video yang menerangkan konsep conjugate base. 



 
Klik pautan berikut untuk menerokai Khan Academy; https://www.khanacademy.org/
 
Kemajuan teknologi maklumat khususnya dari segi perkembangan laman sosial seperti Youtube menyebabkan pembelajaran melalui video menjadi medium pembelajaran alternatif yang semakin popular dikalangan pelajar generasi kini. Ini mendedahkan saya kepada peluang  dunia pendidikan era digital. 

Selain itu, tugasan  'peer teaching' diberikan kepada kami. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu perisiaan yang percuma (open source software) dan perlu membentangkan kepada rakan sekelas pada minggu yang telah ditetapkan. Kami akan mempelajari cara-cara menggunakan dan mengaplikasikan perisian yang akan diperkenalkan oleh rakan sekelas. Saya berasa tidak sabar menerokai kesemua perisiaan tersebut. 

Senarai perisian dan kumpulan pembentang, 


No.
Software/Tools
Group
Minggu
1.
Blogspot
1
3

CamStudio

4
2.
Picasa
2
5
3.
Microsoft Publisher
4
4.
ChemSketch
3
6
5.
OneNote
7
6.
Moviemaker
5
7
7.
Powerpoint presentation
6
8.
Preezi
8
8
9.
Excel
9

Kumpulan saya, kumpulan ketiga akan mengajar rakan-rakan sekelas menggunakan Chemsketch satu perisian yang amat berguna kepada guru-guru Kimia.

Pada minggu ini juga, Cik Asma memberikan kami senarai tugasan yang lengkap dan menjelaskan kriteria setiap tugasan. Secara keseluruhannya terdapat 6 tugasan. 


Bil
Tugasan
Kumpulan/individu
Tarikh Hantar
1
Menulis esei bertajuk “The Future of Learning: School in the Cloud.
Individu
23/3/2013
2
Membina e-portfolio
Membina blog
Individu
11/5/2013
3
Forum atas talian
Individu
11/5/2013
4
Online Learning Resource
Meyediakan sumber pembelajaran dalam talian.
Kumpulan
11/5/2013
5
Simulasi
Membina modul dengan menintegrasikan ICT
Kumpulan
13/4/2013
6
Learning Resource
Menghasilkan video berkaitan dengan konsep kimia
Kumpulan
27/4/2013





 

Posted by Unknown On 18:31 No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Chemistry News