Saturday 27 April 2013

Salam sejahtera, 

Hi semua, 

Masa berlalu dengan begitu pantas, sekarang telah sampai ke minggu kesepuluh minggu terakhir bagi 'peer teaching'. Kumpulan terakhir akan membentangkan tentang Excel. 

Excel 

Saya yakin anda pasti familiar dengan Excel dan pernah menggunakannya untuk membuat jadual, menguruskan perbelanjaan dan pengiraan mudah. Sebenarnya selain daripada fungsi asas seperti yang dinyatakan tadi, Excel boleh menganalisa, mengelaskan dan menyusun data-data. Kumpulan Sofia mengajar kami bagaimana untuk menggunakan Excel untuk menganalisis keputusan pelajar dan menghasilkan graf pencapaian. Ilmu ini amat berguna kepada kami semua terutamanya dalam melaksanakan program Head Count.

Kelebihan Excel :
  • Guru boleh menggunakannya untuk menganalisa keputusan pelajar. 
  • Memudahkan guru untuk menyediakan graf pencapaian setiap pelajar.
  • Perisian yang terdapat dalam semua komputer yang menggunakan Microsoft Office.
Kelemahan Excel:
  • Perlu teliti dalam menulis rumus kerana jika rumus salah dimasukkan keputusan analisa akan menjadi tidak tepat.  
Posted by Unknown On 02:38 No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Chemistry News