Saturday 23 March 2013

Salam sejahtera,

Hi semua,

Picasa

Kami diperkenalkan kepada Picasa, satu perisian photografi percuma yang sangat menarik. Picasa mempunyai fungsi pengubahsuaian imej yang asas seperti crop, rotate, dan red eye correction dan fungsi tambahan seperti filter dan kolaj (collage). Selama ini saya hanya menggunakan apps  di dalam telefon pintar untuk menghasilkan kolaj kerana saya tidak mengetahui bahawa terdapat perisian photografi komputer yang boleh berbuat demikian. 

Sumber gambar dari Picasa

Picasa amat mesra pengguna dan mempunyai interface yang ringkas. Selain itu, apa yang menarik tentang Picasa adalah imej asal tidak terjejas semasa pengubahsuaian gambar. Pengubahsuaian hanya berlaku dalam Picasa sahaja, melainkan jika anda memilih untuk mengubah imej asal itu sekali.

  Contoh kolaj saya
Kelebihan Picasa:

  • Buat album untuk kategorikan foto – foto anda. Satu gambar juga boleh berada dalam banyak album, tanpa menggunakan lebih ruang dalam hard disk.
  • Gambar yang terdapat didalam Picasa boleh dikongsi melalui gmail ataupun blog. 
Kekurangan Picasa :
  • Menyebabkan komputer menjadi lambat kerana perisian Picasa agak berat terutamanya kepada netbook atau komputer generasi lama.



Posted by Unknown On 18:30 No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Chemistry News