Salam sejahthera,
Hi semua,
Minggu ini, kumpulan satu iaitu kumpulan yang diketua Faizal mengajar kami cara-cara membina blog di blogger dengan menggunakan gmail. Langkah demi langkah ditunjukkan dengan terperinci dari asas blog hinggalah ke reka bentuk blog. Pada mulanya, saya merasakan membina sebuah blog merupakan satu perkara yang sukar tetapi sekarang tidak lagi. Kumpulan Faizal telah mengajar kami dengan baik.
Semua rakan-rakan begitu teruja dalam mempelajari cara membina blog sehinggakan masa selama tiga berlalu tanpa disedari. Oleh itu, pembentangan kumpulan satu akan bersambung pada minggu hadapan. Walaupun hanya mempelajari asas membina blog sahaja namun tidak sabar rasanaya untuk
menerokai html code dan pelbagai ciri-ciri blog ketika waktu lapang
nanti. Terima kasih kumpulan satu! Pengetahuan yang telah dipelajari ini
akan diaplikasikan dalam Tugasan 2 iaitu membina e-Portfolio. Untuk
maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk membina blog anda boleh klik
pada pautan berikut Jom Bina Blog!
Kekuatan:
Blog boleh dijadikan satu medium bantuan mengajar yang berkesan. Oleh itu, para pendidik perlu mengetahui cara-cara membina blog dan mempunyai blog agar tidak ketinggalan dalam bidang teknologi.
Kelemahan:
Mengemaskini blog dan membina blog mengambil masa yang lama terutamanya pada blogger baru. Selain itu, sekiranya talian internet di kawasan lambat maka proses mengemaskini juga akan memakan masa yang panjang.
0 comments:
Post a Comment